Sunday 20 December 2015

Hubungi Kami

Image result for call


Sebarang pertanyaan berkaitan jual beli kambing & lembu anda boleh menghubungi saya melalui nombor telefon, facebook @ emel di bawah :

                  No tel : 0199751654 ( Call shj )

                  Facebook : Ternakan Desa

                  E-Mel : ternakandesa@gmail.com



                   

Gallery Photo

Ini adalah kambing & lembu yang saya pelihara sekarang..

Kambing yang ada di atas kandang adalah sebahagian dari kambing yang baru pulang ke kandang ( gambar paling bawah )












Kandang























MUQADDIMAH


Assalamua'laikum wbt...


Dihari yang penuh ceria dan indah ini,syukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas dan meneruskan pencarian serta pengabadian diri kita kepada Allah swt Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang sudi menjengah blog saya ini. Semoga dengan kewujudan blog saya ini memberi banyak kemudahan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan lembu @ kambing untuk dibeli, bagi tujuan kenduri,pelihara dan sebagainya. 


Untuk pengetahuan pembaca blog ini, sukalah kiranya saya memberitahu bahawa perusahaan menjual lembu & kambing ini telah lama dijalankan. Perusahaan ini saya usahakan bersama isteri dan anak-anak. Tetapi tidak pernah di promosikan di dalam blog mahupun facebook. Proses pembelian lembu @ kambing juga hanya dari mulut ke mulut. Setelah saya diperkenalkan oleh petugas Pusat Internet 1 Malaysia Batu Melintang pada bulan 9 2015, saya mula berminat untuk mempromosikan dan meluaskan lagi perusahaan saya ini.


Saya memulakan perusahaan ini pada tahun 1995 sehingga sekarang. Pernah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan di Machang pada 18-19 Oktober 2000. Ramai pembeli yang telah membeli lembu kambing saya tidak kira penduduk dari kawasan Batu Melintang ini, mahupun Jeli dan Tanah Merah. Yang paling jauh adalah dari Perak,Grik. Jumlah yang biasa dibeli oleh mereka adalah lebih kurang 6 @ 7 ekor kambing. 


Kambing yang saya pelihara sekarang terdiri dari baka Boer,susu,kampung dan Jamnapari. Manakala baka lembu pula adalah dari baka lembu kampung (kk) dan jenis Bali. Harga bagi kambing @ lembu adalah bergantung kepada saiz badan lembu @ kambing tersebut. 


Semoga kita sama-sama mendapat manfaat demi meningkatkan kualiti hidup dan menghubung silaturrahim melalui blog ini. Terima Kasih.